Kerajaan telah melancarkan Program Pembangunan Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Renewable Energy), pada 11 Mei 2001. Pelancaran Program ini adalah merupakan antara usaha-usaha Kerajaan untuk menggalak dan meningkatkan penggunaan sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui di dalam penjanaan elektrik. Ia adalah selaras dengan persetujuan Kerajaan menjadikan Tenaga Yang Boleh Diperbaharui sebagai sumber tenaga kelima di bawah Dasar Pelbagaian Bahan Api negara. Ini adalah terkandung di dalam matlamat-matlamat Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001 – 2010 (OPP3) dan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8).
Melalui Program ini, janakuasa-janakuasa kecil yang menggunakan sumber tenaga tersebut boleh memohon untuk menjual elektrik kepada utiliti melalui Sistem Grid Pengagihan. Dari segi perjanjian pembelian, pengusaha-pengusaha projek di bawah Program ini adalah dibenarkan berunding terus dengan pihak Utiliti yang berkenaan, termasuklah dari aspek harga jualan, berdasarkan kepada konsep ‘willing-seller, willing buyer’ serta ‘take and pay’. Pengeluar elektrik dari sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui akan diberi lesen bagi tempoh 21 tahun, bermula dari tarikh loji memulakan operasi. Penggunaan semua jenis sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui, termasuk biomass, biogas, ‘municipal waste’, solar, mini-hidro dan angin, adalah dibenarkan di bawah Program ini.

Waalaikumussalam... Permohona
Waalaikumussalam...
Permohonan perlu dibuat melaui syarikat utiliti e.g.(TNB). System study perlu dibuat terlebih dahulu dan mendapat nasihat daripada TNB adakah kedudukan dan tempat yang telah dikenalpasti itu sesuai atau pun tidak. Satu perjanjian jual beli akan termeterai (Renewable Energy Power Purchase Agreement-REPPA)dengan syarat-syarat dan peraturan yang perlu dilaksanakan untuk tempoh tertentu. Lesen penjanaan pula perlu mendapat kelulusan daripada Suruhajaya Tenaga. Sesuatu projek SREP (Small Renewable Energy Program) perlu mendapat izin dari jawatankuasa Khas dimana permohonan perlu melaui Suruhanjaya Tenaga.
Untuk keterangan lanjut anda boleh melawati laman web www.ptm.org/biogen kemudian click pada DOWNLOAD dan cari file SREP & REPPA guideline. Muat turun file tersebut untuk bacaan. Atau anda boleh berhubung terus melaui links menu yang disediakan untuk ke Website Suruhanjaya Tenaga (Energy Commision) atau TNB. Terima kasih
Post new comment